TERAPI HIJAMAH ALHADDAR (BERBEKAM)

TERAPI HIJAMAH ALHADDAR (BERBEKAM)

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebaik-baik pengobatan yang kalian lakukan adalah Alhijamah.. (HR: Ahmad, Bukhari”) Berbekam adalah sunnahku, barangsiapa berbekam, boleh melapangkan minda dan menghilangkan penyakit berjangkit. (HR: Al Bukhari)

Dari Ibnu Abbas RA, Nasi SAW bersabda: Orang yang paling baik adalah alhajjam (tukang bekam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya. (HR: Tirmidzi, Hasan Gharib)

Sebaik-baik melakukan Hijamah pada setiap bulan tanggal 17, 19 dan 21 bulan Islam kerana tarikh tersebut adalah kemuncak darah kotor berada dalam badan. Tetapi jika anda merasa sakit, hijamah ketika sakit adalah lebih baik tanpa menunggu tarikh tersebut.

Sabda Rasulullah SAW: Tidaklah aku melewati sekelompok malaikat pada malam aku diisra’kan, kecuali mereka berkata, perintahkanlah umatmu berbekam...” (HR : Ibnu Majah). Sabda Rasulullah lagi: Jika ada ubat yang menyembuhkan penyakit, maka bekam juga dapat menyembuhkannya. (HR: Malik).

Jadi sepanjang hidup anda, sudah berapa kali anda berbekam? Jadi jangan tunggu untuk melakukan hijamah... Tubuh anda memerlukannya, kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati... Dianjurkan untuk berhijamah sebulan sekali, kerana kesannya amat menakjubkan dengan izin Allah menjadikan badan sentiasa sihat dari segala penyakit zahir dan batin.

Hijamah adalah sunnah Rasulullah dan paling mujarab untuk merawati 1001 penyakit zahir dan batin dan dianjurkan walaupun sekali seumur hidup. Orang yang terkena gangguan makhluk halus, sihir/rasukan jin yang mengalir di aliran darah juga amat digalakkan berbekam untuk mengeluarkannya kerana syaitan suka menempati di tempat darah yang kotor melalui saluran darah dibantu dengan solat hajat + doa-doa shifa’ + Terapi Alhaddar yang lain..


TEMPAT-TEMPAT PENTING BERBEKAM MENGIKUT PENYAKIT YANG DIHIDAPI OLEH PROFESSOR AHMAD HAFNI CAIRO

Harus diakui bahawa kaum Muslimin saat ini jarang sekali yang mahu mendalami ilmu kedoktoran warisan nabi SAW yang sangat lengkap. Di antara sebahagian kedoktoran warisan nabi (tibbun an nabawi) yang dilupakan ialah bekam (hijamah). Bahkan banyak di antara umat Islam yang sama sekali belum pernah mendengar istilah hijamah. Ini amat naif sekali.

Berbekam adalah sebuah kekayaan yang terpendam, mutiara tersembunyi dan sunnah nabi SAW yang memiliki mukjizat medis yang sangat dahsyat sebagai penyembuh dari segala penyakit, dengan izin Allah SWT. Dunia kedoktoran moden pun tercengang dengan model pengubatan bekam ini yang terbukti memiliki daya penyembuh segala penyakit bahkan pada penyakit yang tergolong penyakit akut seperti penyakit jantung, paru-paru, tumur otak, diabetis ginjal, radang usus besar, lumpuh, stroke dan 1001 jenis penyakit.

  © Alhaddar Template 'Alhabbib' by terapi-alhaddar 2008

Naik Ke ATAS