TERAPI PINGGAN PUTEH & SOLAT HAJAT


Kaedah Terapi Pinggan Puteh adalah amat unik merupakan gabungan istimewa surah-surah pilihan dan doa-doa shifa yang ditulis dengan tinta ranting kayu berdakwat za’faran di dalam pinggan puteh kemudian dicairkan dengan air zam zam dan dibacakan semula + solat hajat merupakan terapi yang ampuh dalam ikhtiar pelbagai hajat untuk penawar segala permasalahan emosi, mental, spiritual, zahir dan batin.

Za’faran ialah tumbuhan yang boleh didapati di Timur Tengah merupakan rempah yang terbaik, (King of Spices) terwangi dan termahal di dunia melebihi harga emas dan khasiatnya tiada tandingan untuk kesihatan. Untuk menghasilkan Terapi Pinggan Puteh ini memerlukan kesabaran dan tumpuan yang tinggi, khusyuk dan mahir dalam penulisan bahasa Arab.

Terapi Pinggan Puteh memberi alternatif kepada masyarakat untuk kembali kpada kaedah rawatan sebenar warisan ulama silam yang semakin pupus, kerana tidak ramai ulama yang mampu melakukannya. Kaedah ini amat berkesan merawat pelbagai jenis penyakit jika penggunaannya penuh dengan niat keyakinan bermohon kepada Allah yang menepati adab rawatan Islam serta jauh daripada unsur syirik dan syubahat yang dilarang keras oleh agama.

Kaedah terapi pinggan puteh mampu merealisasikan hajat manusia dengan meyakini kuasa Allah kerana mukjizat Alquran mampu mencabar teknologi rawatan moden yang melangkau pemikiran manusia. Kaedah Terapi Pinggan Puteh + solat hajat hanyalah sebagai jalan dan ikhtiar, yang utama wajib melakukan ibadah asas, berdoa dan menyerah jiwa kepada Allah kerana setiap penyakit ada penawarnya melainkan maut.

Terapi pinggan puteh & solat hajat ini mujarab untuk ikhtiar antaranya:
• Segala hajat / pelembut hati / berkasih sayang / pelaris / jodoh dll.
• Sebagai penguat minda / pemulih akal / kuat hafalan dan minda.
• Penawar dan kekuatan jiwa / hilangkan tekanan / tenangkan jiwa.
• Penjagaan kesihatan rohani & jasmani / hindar penyakit melarat.
• Penghalang gangguan sihir / makhluk halus.

  © Alhaddar Template 'Alhabbib' by terapi-alhaddar 2008

Naik Ke ATAS